Nasib Duit RM1

Perbualan antara Duit RM1 setelah sekian lama tidak bersua dengan RM50

RM1: Hei! Lama tak nampak, mana kau menghilang?

RM50: Aku pergi merata tempat.

RM1: Wah, cerita-ceritalah dengan aku mana tempat kau sudah pergi?

RM50: Biasalah, aku pergi stadium tengok bola, naik STAR Cruise, jalan-jalan dekat Kota Kinabalu naik AirAsia, lepak One Utama, tengok Maharaja Lawak. Banyak lagi, sampai esok pun tak habis kalau nak sebut semuanya. Kau pula macam mana?

RM1: Aku? Hmmm. Biasalah. Balik-balik tempat sama. Surau, masjid, anak yatim, surau, masjid…